Welcome Guest, please Login or Register
Home Breakcrum Official Text Speech
 


Assalamualaikum WBT

 

Bagi pihak Kementerian Wilayah Persekutuan saya mengucapkan tahniah kepada LPM Corporation Sdn. Bhd. di atas pembukaan rasmi Pasaraya D' One Mart di W.P. Labuan.

Saya merasa bangga kerana D' One Mart merupakan satunya-satunya pasaraya milik penuh Bumiputera di W.P. Labuan. Saya percaya dengan adanya pasaraya ini, penduduk Labuan akan mempunyai lebih banyak pilihan untuk membeli-belah.

Kerajaan sentiasa menggalakkan penyertaan usahawan Bumiputera di dalam sektor peruncitan. Pelbagai insentif dan skim pembiayaan telah diwujudkan untuk membantu para usahawan menerokai sektor ini. Saya menyeru Dewan Perniagaan Melayu Malaysia dan khususnya badan-badan perniagaan lain di W.P. Labuan untuk membantu ahli-ahli mereka merebut peluang yang telah disediakan.

Saya difahamkan kos barangan di W.P. Labuan adalah lebih tinggi berbanding di tempat-tempat lain. Kerajaan sentiasa memantau situasi ini dan mencari jalan agar isu harga dapat ditangani dengan baik. Saya mencadangkan supaya usahawan-usahawan tempatan mengambil langkah untuk mengurangkan kepergantungan kepada barangan import dengan menceburi industri tani dan perkilangan. Selain itu, pembekal dan pengimport boleh bekerjasama bagi menangani masalah kos pengangkutan.

Selamat Maju Jaya.