Welcome Guest, please Login or Register
Home Breakcrum Official Text Speech by Dato' Sri Haji MD Alias Abd Rahman
 


Assalamualaikum WBT

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya kita dapat bersama-sama memeriahkan Majlis Pembukaan Rasmi D' One Mart. Hari ini merupakan hari yang bersejarah untuk D' One Mart. D' One Mart kini boleh berbangga sebagai satu-satunya pasaraya 24-jam di Labuan.

D' One Mart mula beroperasi pada bulan September 2005 sebagai sebuah “mini-market” dengan hanya sebuah lot kedai. Alhamdulillah, kini D' One Mart boleh berbangga dengan keluasan enam lot kedai yang sebahagiannya disewa dari ahli-ahli DPMM Labuan sendiri.

D' One Mart telah memperkenalkan konsep peruncitan yang baru dan inovatif di Labuan agar pelanggan dapat menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih menyeronokkan. Kami menawarkan lebih banyak produk pada harga yang sangat menarik. Kemudahan teknologi maklumat dimanfaatkan untuk memperbaiki perkhidmatan pelanggan dan operasi syarikat. Di samping itu, pelbagai produk halal juga ditawarkan. Melalui Kad Ceria yang kami perkenalkan, ahli dapat menikmati pelbagai tawaran dan ganjaran apabila berbelanja di D' One Mart. Alhamdulillah, perniagaan kami dan jumlah pelanggan telah meningkat dengan konsep baru ini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli Lembaga Pengarah, kakitangan, pembekal dan sudah tentunya pelanggan yang setia di atas sokongan anda semua selama ini.

Sekian, terima kasih.